Thursday, 13 December 2012

Kemasyarakatan : Buku Jalanan Cardiff City

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Setitik ilmu, sejuta makna.
kredit gambar: Dinding Putih


Buku Jalanan Cardiff City (BJCC) adalah sebuah inisiatif sekumpulan pemuda di pekan Cardiff untuk mewujudkan sebuah perpustakaan terbuka dan percuma untuk warga Cardiff. Dilancarkan pada tanggal 10 November 2012, BJCC menawarkan pelbagai jenis buku berbahasa Melayu mahupun lain-lain untuk dipinjam tanpa sebarang pendaftaran mahupun sebarang birokrasi diperlukan. 

Koleksi buku di Buku Jalanan Cardiff City adalah milik individu-individu tertentu yang bermurah hati untuk berkongsi bahan bacaan bersama warga Cardiff yang lain. Untuk peminjaman, peminjam boleh menghantar mesej mahupun meninggalkan komen di ruangan yang tertera di bawah gambar buku. Jika anda warga Cardiff dan mempunyai
koleksi buku untuk dikongsi bersama bolehla menghubungi kami melalui laman facebook kami. 

https://www.facebook.com/bukujalanancardiffcity

ataupun hubungi jejaka-jejaka berikut di nombor yang tertera:


Amir Hashim: +447738002124
Zubair Kacak: +447535246643
Badrul Smart: +447808210373


untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa itu Buku Jalanan boleh la baca di sini

Sukan : Cardiff VS Glamorgan Siri 1


Dr Azam selaku kapten pasukan Cardiff B
Pada 16 November 2012 yang lepas, satu siri perlawanan persahabatan bola sepak antara warga Malaysia Cardiff dan warga Malaysia Glamorgan telah diadakan bertempat di Talybont Sports Centre. Perlawanan ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Kelab Melayu Wales dan saudara Fadli Azali, selaku pengantara antara warga Cardiff dan Glamorgan.

Saudara Adli Adnan kelihatan gembira di hari perlawanan
Dianggarkan siri perlawanan persahabatan ini telah disertai oleh 50 orang. 30 orang daripadanya adalah warga Cardiff dan selebihnya adalah warga Glamorgan. Acara ini telah berlangsung dengan lancar selama 3 jam.

Antara tujuan utama acara sebegini diadakan adalah untuk:
  1. merapatkan ukhwah sesama warga Cardiff dan Glamorgan
  2. menggalakkan persaingan yang sihat sesama warga Malaysia menerusi sukan
  3. melahirkan warga Malaysia yang sihat fizikal mental terutamanya sebagai persiapan untuk menghadapi musim sejuk nanti.

Pihak Kelab Melayu Wales berharap agar aktiviti seperti ini dapat diadakan sekerap mungkin pada masa hadapan kelak. Syabas kepada mereka yang telah menjayakan aktiviti ini!


Perlawanan sedang berlangsung

barisan otai-otai lama Cardiff
Saudara Amir Hasyim sibuk nak masuk gambar

Dr Wong penyerang berbisa pasukan Cardiff A



Barisan pemain-pemain Cardiff

Global : Demonstrasi Aman Untukmu Gaza




Antara warga melayu cardiff yang hadir menunjukkan solidariti

Pada 17 November 2012 yang lalu, satu siri demonstrasi aman telah dilakukan di Cardiff City Center. Demonstrasi ini telah dianjurkan oleh badan NGO yang diterajui oleh MC Adam Johannes dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.

Demonstrasi ini diadakan adalah untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel ke atas serangan ketenteraannya kepada penduduk Gaza kerana serangan yang dilakukan selama beberapa hari ini telah mengorbankan nyawa ramai orang khususnya orang awam yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Anak kecil yang turut sama bersolidariti
Di kesempatan ini, KUWales dengan kerjasama beberapa persatuan Melayu setempat seperti ISMA dan Cardiff Nusantara Network (CNN) telah bersepakat untuk mengumpulkan beberapa orang pelajar untuk menyertai demonstrasi aman tersebut. Segala puji bagi Allah kerana dalam masa yang singkat, 30 orang peserta dapat dikumpulkan malah terdapat segelintir yang berkesempatan untuk mencipta sepanduk mereka sendiri. 

Diharap demonstrasi yang dilakukan ini sedikit sebanyak dapat menyemarakkan lagi sokongan penduduk dunia kepada Gaza. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dan janganlah putus daripada mengirimkan doa untuk penduduk Gaza.


Untukmu Gaza!

“Khaibar Khaibar Ya Yahud” 



Saudara Amir bersama saudara Fadhil 



Wakil ISMA Eropah yang turut hadir

Mantan Pengerusi bersama rakan

Saudara Syawal berwajah serious ketika berdemo

Wakil dari Cathays turut serta

Abang Firuz, warga melayu Singapura