Monday, 21 January 2013

Kemasyarakatan: Pengundian Pos Di Luar Negara



PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA

Berikut adalah pautan dari  Berita Semasa Suruhanjaya Pilihan Raya: 
Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Pemilih berdaftar
c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia
d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut;
a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau
b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau
c) melalui pos ke alamat;
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.
Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa
Sila lihat Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara


Jika ada sebarang pertanyaan lain bolehlah menghubungi
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia United Kingdom
45-46 Belgrave Square
London SW1X 8QT.
Tel: 020 7919 0210

ataupun emelkan persoalan anda kepada kami di kuwales30@gmail.com


Akhir kalam.
Selamat menunaikan tanggungjawab anda kepada negara. Undi adalah rahsia, pilihlah yang terbaik untuk Malaysia yang tercinta. 

Sunday, 6 January 2013

Kemasyarakatan : Qiamullail Perdana



Pada 4 & 5 Januari yang lalu, satu program qiamullail perdana telah diadakan di Darul Isra’ Muslim Community Centre. Program ini diadakan dengan kerjasama daripada pelbagai persatuan yang terdapat di Cardiff. Antara persatuan yang terlibat adalah Cardiff Nusantara Network (CNN), ISMA Eropah, Cardiff Keluarga dan IKRAM. Kelab Melayu Wales bertindak sebagai co-organiser bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Program ini diadakan bagi menggalakkan muslimin dan muslimat “bangun malam” untuk menunaikan ibadah-ibadah sunat disamping menjadi salah satu daripada persiapan para pelajar untuk membina komponen rohani bagi menghadapi peperiksaan Autumn Semester nanti. Sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:


(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. 



Al-Muzzammil:5-6 

Program dimulakan dengan hidangan kudapan malam yang telah disediakan oleh kaum adam. Selepas kudapan, satu pengisian ringkas telah disampaikan oleh saudara Firdaus A. Bakar. Pengisian yang diberikan sangat santai dan memberi kesan kepada hadirin yang hadir. Program diteruskan dengan slot qiamullail yang berlangsung 5.00 pagi keesokkan harinya. Solat pada malam itu telah diketuai oleh Ustaz Hafiz Sulaiman Kahar. Slot qiamullail ini telah disertai hampir 50 orang muslimin dan muslimat. Selepas berqiamullail dan bersolat subuh berjemaah, hadirin telah dihidangkan dengan sarapan pagi yang telah disediakan oleh kaum hawa. Setelah bersarapan, program bersurai. Kami berharap agar pelbagai majlis ibadah dan ilmu seperti ini dapat diadakan di Cardiff pada masa hadapan.

Berikut disertakan beberapa keping gambar sepanjang program berlangsung:



Gambar 1: Muslimin muslimat menikmati kudapan yang disediakan oleh pelajar lelaki yang diketuai oleh suadara Usop Santorian


Gambar 2: Speaker kita untuk program ini, saudara Firdaus A. Bakar Al-Cardiffi yang sedang tekun melakukan persiapan sebelum meyampaikan pengisian beliau.



Gambar 2: Muslimin muslimat khusyuk mendengar pengisian yang diberikan.

Gambar 5: Muslimat yang hadir pada malam tersebut.


Gambar 6: Bersiap sedia untuk tidur. Tapi sebelum itu, main teka-teki dulu iaitu teka-teki "Fuzzy Wazzy".

Gambar 7: Selesai qiam, mereka sedang asyik dan ghairah untuk bersolat subuh secara berjemaah.


Gambar 7: Saudara Fazrul bertungkus lumus memastikan semua yang hadir dapat menikmati sarapan pada pagi tersebut. Sarapan disediakan oleh kaum hawa dari rumah 5 Plantagenet. 

Gambar 7: Geng kain pelikat Cardiff selepas selesai bersarapan. 


Kami ingin mengucapkan sekalung budi tanda penghargaan kepada semua yang terlibat khususnya pihak Darul Isra' yang telah memberikan keizinan kepada kami untuk mengadakan program seumpama ini serta insan-insan yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan program ini tempoh hari. Syabas dan taniah!

Akhir kata dari kami,

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AUTUMN SEMESTER SESI 2012/2013
-Bittaufiq Wannajah-
Dengan Petunjuk & Kejayaan