Tuesday, 12 February 2013

Sukan : Glamorgan vs Cardiff Siri 2


Satu perlawanan persahabatan 11 sebelah telah diadakan pada 8 February lalu antara Cardiff veteran + all stars dan Glamorgan all-stars bertempat di Treforest,Glamorgan. Perlawanan ini diadakan bertujuan merapatkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar Cardiff dan Glamorgan disamping mempersiapkan skuad Cardiff yg akan menyertai Sheffield games pada 16/2/13. Perlawanan ini telah dimenangi oleh skuad Cardiff Kings dgn jaringan 4-2. Gol pertama Cardiff muncul menerusi sepakan jarak jauh oleh pemain sayap kanan Sejad yg menyaksikan penjaga gol Glamorgan tertewas. Namun begitu,Glamorgan berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan pemain pertahanan Cardiff yg menyaksikan penyerang Glam mudah menjaringkan gol penyamaan. 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Cardiff Berjaya manjaringkan gol kedua hasil sepakan volley jarak jauh cantik daripada pemain tengah yg penuh bertenaga Zubair yg berpunca dari sepakan penjuru menarik oleh Ezanul.

Tamat separuh masa pertama Cardiff 2-1 Glamorgan. Separuh masa kedua bersambung dan Glamorgan berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil kesilapan pertahanan Cardiff yg lambat mengeluarkan bola dari zon bahaya. Walaubagaimanapun, skuad Cardiff yg terkenal dgn semangat tidak pernah mengalah Berjaya menjaringkan gol ketiga hasil jaringan Sejad. Gol ke 4 menyusul hasil jaringan sendiri pemain Glamorgan. Skuad Glam terus mengasak ke kubu pertahanan lawan sehingga ke babak akhir perlawanan namun kekentalan jentera pertahanan Cardiff yg dikemudi oleh Badrul, Afe dan Syapek Si Janggut Emas beserta Rafael dan Fabio (anak abg Yusri) disamping kecekapan penjaga gol Arbaq berjaya menahan dan menghalang gol daripada dibolosi. Keputusan penuh Cardiff 4-2 glamorgan. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat tuan rumah dan penganjur saudara Ikhwan atas kesudian beliau mengaturkan perlawanan ini dan tak lupa juga kepada Dragon of The West, Saudara Fadli Azali dan Normann Arbaq yang bertungkus lumus mengatur skuad Cardiff di saat-saat akhir.

Skuad Caerdydd Kings Veteran + All Stars


Pemain pertahanan Skuad Caerdydd King, Badrul Hisham

Penyerang berbisa skuad Caerdydd King, Sejad

Ayam tambatan skuad, Hilmi Shukor




*Kredit kepada saudara Zizi Aron untuk gambar perlawanan.

Monday, 11 February 2013

Kemasyarakatan : Mercy Upon Mankind 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Pada tanggal 10 Februari 2013 bersamaan dengan 29 Rabiulawal 1434H yang lalu, satu program keagamaan iatu Mercy Upon Mankind (MUM) telah diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh Cardiff Nusantara Network (CNN) dengan CNN bertindak sebagai penganjur utama di Cardiff. Program ini merupakan program kerjasama antara CNN (penganjur utama) bersama pelbagai persatuan yang terdapat di Cardiff antaranya adalah Cardiff Keluarga, ISMA, Ikram, Pas Represantatives Council, Kelab UMNO Wales dan MSSCF. Program telah berlangsung selama 4 jam dari jam 10.00 pagi dan bertempat di Julian Hodge Study Centre, Cardiff University. 

Tujuan MUM diadakan adalah untuk meraikan bulan kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW disamping menjadi wadah bagi menyatukan masyarakakat Islam Malaysia di Cardiff ini. Untuk makluman, penceramah jemputan bagi program MUM tempoh hari adalah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don dan turut menampilkan Izzat Mahadi sebagai penyanyi undangan bagi program tersebut. Pencerahan dan penyampaian daripada Ustaz Don yang bersahaja telah menghiburkan hati ramai orang yang turut serta malah mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang Islam itu sendiri. 

MUM kali ini telah dihadiri hampir 300 orang dan telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke United Kingdom, TYT Dato' Zakaria Sulong. Program tempoh hari telah diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid Sekolah Malaysia Cardiff, yang rata-ratanya merupakan anak-anak pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran PhD dan Master di Cardiff. Gambar-gambar di bawah menceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku tempoh hari:

AJK Pendaftaran yang sedang sibuk memastikan setiap peserta yang berdaftar mendapat tiket bagi tujuan pengagihan makanan dan cabutan bertuah.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Keadaan dewan kuliah yang menempatkan program MUM mendapat sambutan baik dari pelajar Malaysia dan juga Brunei.
(Sumber: Facebook Adli Adnan)

Persembahan nasyid, Rindu Muhammad-ku dari kanak-kanak Sekolah Malaysia Cardiff.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Penyampaian yang santai tetapi penuh dengan pengisian daripada Ustaz Don.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Saudara Izzat Mahadi, bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana mendendangkan lagu terbaru beliau.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)


Ustaz Don dan Izzat Mahadi mengetuai bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

AJK terlibat mengagihkan makanan kepada para peserta. Makanan telah disediakan oleh pelajar undergrad dan postgad yang belajar di Cardiff.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Gambar kenangan VVIP-VVIP bersama AJK MUM 2013.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)


Akhir kalam, Jazakumullahu Khairan, terima kasih dan syabas kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak khususnya AJK MUM 2013. Semoga banyak lagi program-program keagamaan dan kemasyarakatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan InsyaAllah.