Monday, 11 February 2013

Kemasyarakatan : Mercy Upon Mankind 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Pada tanggal 10 Februari 2013 bersamaan dengan 29 Rabiulawal 1434H yang lalu, satu program keagamaan iatu Mercy Upon Mankind (MUM) telah diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh Cardiff Nusantara Network (CNN) dengan CNN bertindak sebagai penganjur utama di Cardiff. Program ini merupakan program kerjasama antara CNN (penganjur utama) bersama pelbagai persatuan yang terdapat di Cardiff antaranya adalah Cardiff Keluarga, ISMA, Ikram, Pas Represantatives Council, Kelab UMNO Wales dan MSSCF. Program telah berlangsung selama 4 jam dari jam 10.00 pagi dan bertempat di Julian Hodge Study Centre, Cardiff University. 

Tujuan MUM diadakan adalah untuk meraikan bulan kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW disamping menjadi wadah bagi menyatukan masyarakakat Islam Malaysia di Cardiff ini. Untuk makluman, penceramah jemputan bagi program MUM tempoh hari adalah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don dan turut menampilkan Izzat Mahadi sebagai penyanyi undangan bagi program tersebut. Pencerahan dan penyampaian daripada Ustaz Don yang bersahaja telah menghiburkan hati ramai orang yang turut serta malah mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang Islam itu sendiri. 

MUM kali ini telah dihadiri hampir 300 orang dan telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke United Kingdom, TYT Dato' Zakaria Sulong. Program tempoh hari telah diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid Sekolah Malaysia Cardiff, yang rata-ratanya merupakan anak-anak pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran PhD dan Master di Cardiff. Gambar-gambar di bawah menceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku tempoh hari:

AJK Pendaftaran yang sedang sibuk memastikan setiap peserta yang berdaftar mendapat tiket bagi tujuan pengagihan makanan dan cabutan bertuah.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Keadaan dewan kuliah yang menempatkan program MUM mendapat sambutan baik dari pelajar Malaysia dan juga Brunei.
(Sumber: Facebook Adli Adnan)

Persembahan nasyid, Rindu Muhammad-ku dari kanak-kanak Sekolah Malaysia Cardiff.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Penyampaian yang santai tetapi penuh dengan pengisian daripada Ustaz Don.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Saudara Izzat Mahadi, bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana mendendangkan lagu terbaru beliau.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)


Ustaz Don dan Izzat Mahadi mengetuai bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

AJK terlibat mengagihkan makanan kepada para peserta. Makanan telah disediakan oleh pelajar undergrad dan postgad yang belajar di Cardiff.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Gambar kenangan VVIP-VVIP bersama AJK MUM 2013.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)


Akhir kalam, Jazakumullahu Khairan, terima kasih dan syabas kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak khususnya AJK MUM 2013. Semoga banyak lagi program-program keagamaan dan kemasyarakatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment