Bismillahirahmanirrahim
Program kemasyarakatan ‘Sharing with Sham Kamikaze’ telah
diadakan pada hari Isnin 4 Mac 2013 bersamaan dengan 21 Rabiul Akhir 1434H.
Bertempat di Julian Hodge Lecture Hall, program yang dianjurkan oleh
Cardiff Nusantara Network (CNN) saudara Arif Asraf dan Cik Zuraida
selaku pengarah program.Program ini telah menghimpunkan hampir 100 warga
Cardiff yang berkesempatan daripada segenap peringkat usia dan latar belakang.
Program ini diadakan dengan tujuan perkongsian pengalaman
pahit manis penghijrahan saudara Sham daripada bidang muzik yang diceburi oleh
beliau sebelum ini kepada bidang dakwah.
Program selama dua jam ini bermula dengan ketibaan para
hadirin pada jam 7.00 malam. Selepas ucapan pembukaan, program diserikan dengan
persembahan daripada kumpulan kugiran Melayu tempatan; Penggiat Seni Cardiff.
Selepas itu, program perkongsian bersama Sham Kamikaze saudara luqman shakur selaku moderator. Sesi perkongsian
diselitkan dengan sesi tazkirah dan soal jawab, telah menarik minat para
hadirin untuk berinteraksi bersama Sham. Sham juga telah mendendangkan satu
lagu instrumental pada akhir program atas permintaan para hadirin.
Sebelum bersurai pada jam 9.00 malam, sesi fotografi Sham
bersama warga Cardiff diadakan sebagai kenang-kenangan.
Sham Kamikaze menghiburkan peserta di akhir program
Sebahagian dari hadirin khusyuk mendengar nasihat dan pesanan dari saudara Sham.
Pengarah Program Sharing with Sham Kamikaze, Arif Asraf (kiri) bersama gitaris utama Pengiat Seni Cardiff, bro Aidil (kanan).
Saudara Aizudin Samni bertanyakan soalan kepada penceramah.
Gambar kenangan ajk program bersama Sham Kamikaze
Kredit gambar: Saudara Wak Julaibib Samingon