Tuesday, 15 October 2013

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Wales 2013

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah buat kesekian kalinya Kelab UMNO Wales telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk tahun 2013.

Syukur ke hadrat ALLAH SWT, majlis yang sederhana namun memberi impak yang cukup mendalam ini berjaya disempurnakan dengan jayanya.

Untuk mesyuarat tahunan kali ini, selain daripada membentangkan Penyata Aktiviti Tahunan KUWales untuk tahun 2013 dan Penyata Kewangannya, mesyuarat ini juga turut menampilkan sesi pengenalan bersama Ahli Jawatankuasa Kerja KUWales dalam sesi ramah mesra.

Terdapat beberapa perubahan dalam pucuk pimpinan kelab iaitu untuk jawatan Presiden,Timbalan Presiden dan Setiausaha untuk tahun akan datang. Hal ini berikutan penyandang jawatan-jawatan tersebut iaitu Sdr Luqman Shakur dan Sdr Adli Adnan sudah kembali ke bumi Malaysia. 

Berikut adalah Majlis Tertinggi Jawatankuasa KUWales yang baru :


Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2012/2014

Muhammad Yusuf Norizan
Pengerusi

Megat Muhammad Amrun Omar
Timbalan Pengerusi

Hazwan Mohamad
Setiausaha

Fairuz Najwa Mohamad Zubairi
Timbalan Setiausaha

Badrul Hisyam
Bendahari

Wan Mohamad Iman
Ketua Biro Media

Mohamad Syafiq Hasyim
Ketua Biro Aktiviti dan Sukan

Nur Amalina Anwar
Ketua Biro Puteri

Nor Diana Samsuri
Timbalan Ketua Biro Puteri

-HM-

"Martabat Bangsa Gemilang"






No comments:

Post a Comment