Friday, 31 May 2013

Kemasyarakatan: Sharing With Sham Kamikaze


Bismillahirahmanirrahim


Program kemasyarakatan ‘Sharing with Sham Kamikaze’ telah diadakan pada hari Isnin 4 Mac 2013 bersamaan dengan 21 Rabiul Akhir 1434H. Bertempat di Julian Hodge Lecture Hall, program yang dianjurkan oleh Cardiff Nusantara Network (CNN) saudara Arif Asraf dan Cik Zuraida selaku pengarah program.Program ini telah menghimpunkan hampir 100 warga Cardiff yang berkesempatan daripada segenap peringkat usia dan latar belakang.
Program ini diadakan dengan tujuan perkongsian pengalaman pahit manis penghijrahan saudara Sham daripada bidang muzik yang diceburi oleh beliau sebelum ini kepada bidang dakwah.
Program selama dua jam ini bermula dengan ketibaan para hadirin pada jam 7.00 malam. Selepas ucapan pembukaan, program diserikan dengan persembahan daripada kumpulan kugiran Melayu tempatan; Penggiat Seni Cardiff.
Selepas itu, program perkongsian bersama Sham Kamikaze saudara luqman shakur selaku moderator. Sesi perkongsian diselitkan dengan sesi tazkirah dan soal jawab, telah menarik minat para hadirin untuk berinteraksi bersama Sham. Sham juga telah mendendangkan satu lagu instrumental pada akhir program atas permintaan para hadirin.

Sebelum bersurai pada jam 9.00 malam, sesi fotografi Sham bersama warga Cardiff diadakan sebagai kenang-kenangan. 



Sham Kamikaze menghiburkan peserta di akhir program



Sebahagian dari hadirin khusyuk mendengar nasihat dan pesanan dari saudara Sham.

Pengarah Program Sharing with Sham Kamikaze, Arif Asraf (kiri) bersama gitaris utama Pengiat Seni Cardiff, bro Aidil (kanan).

Saudara Aizudin Samni bertanyakan soalan kepada penceramah. 


Gambar kenangan ajk program bersama Sham Kamikaze


Kredit gambar: Saudara Wak Julaibib Samingon

Wednesday, 29 May 2013

Malaysian Young Apprentice (MAYA) Program




The Umno Overseas Club UK is proud to announce MAYA!

Malaysian Young Apprentice Programme (MaYA) is an internship and employment program where Malaysian students in United Kingdom are linked with selected local Malaysian firms and organisations to go through internships and even job employment during their summer break (July – September) initiated from Badan Perhubungan Negara (BPN) United Kingdom. 

For the very first time, with the partnership with Career Excel, MaYa are lining up more companies and organizations to exposed more job opportunities and placements for Malaysian students in the UK. Among the companies on board with the program are:

1)Accenture 
2)Honda 
3)DAMCO 
4)Sime Darby 
5)Citibank 
6)NewStraitsTimes 
7)Utusan Malaysia 
8)Umobile 
9)Bank Muamalat
10)TM 
11)RHB 
12)Nestle 
13)Malaysia Airlines 
14)SPAD
15)Berita Harian 
16)MDEC 
17)ADT 
18)Media Prima

Interested in public policies and the direction of our nation? Take this opportunity and make a change as MaYa also provides the opportunity to interested Malaysian students in UK in several key ministries with the likes of:

1. Ministry of Youth and Sport
2. Ministry of Information, Culture and Communication
3. Ministry of Defence
4. Ministry of Higher Education 
5. EPU (Economic Planning Unit)
6. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

MaYa also provide the pathways and avenue for Malaysian students who are enthusiast and advocate fine interest in politics by providing internship positions in political bodies for better understanding of the structural framework of the party with an insight view:

1. UMNO ( Pemuda, Wanita, Puteri )
2. Barisan Nasional
3. MCA
4. MIC

Registration dateline will be on the 10th of June with pre-registration documents must be filled in initially by clicking “ google doc link”.


Candidates will need to undergo an interview process via skype or a physical interview conducted by Career Excel in Malaysia. Candidates would have the liberty to choose the desired companies of interest.

For more info and updates, please follow @UMNO_UK and @CymruMalayClwb  at twitter
Facebook page: https://www.facebook.com/umnoluarnegara?ref=hl



Wednesday, 22 May 2013

Jelajah Cinta Rasul [United Kingdom] 2013




Assalamualaikum

Program di Cardiff



Malaysian Community of Cardiff (MCC) dan Cardiff Nusantara Network (CNN) berbesar hati mengadakan program 2 hari "Seminar Pengajian Islam Bersama Habib Ali Zaenal Abidin" dan menjemput teman-teman di seluruh United Kingdom dan Ireland untuk bersama kami ke program ini.

Program akan diadakan pada 8 & 9 Jun 2013, 9am-5pm di Cardiff University. Aturcara dan lokasi akan dimaklumkan kemudian

Penceramah:

Pengisian:
1. Tafsir Surah al-Kahf
2. Hadith 40 imam An-Nawawi

Aturcara:

Sabtu, 8 Jun 2013, 
9am-12pm : Tafsir al-Kahfi (Bahagian 1)
12pm-2pm : Rehat
2pm-5pm : Petikan Hadith 40 (Bahagian 1)

Ahad, 9 Jun 2013, 
9am-12pm : Tafsir al-Kahfi (Bahagian 2)
12pm-2pm : Rehat
2pm-5pm : Petikan Hadith 40 (Bahagian 2)

Penginapan:

Dukacita tidak dapat disediakan. Jika terdapat sebarang persoalan sila hubungi wakil kami seperti maklumat di bawah.

Makanan:

Makan tengah hari akan disediakan untuk kedua hari

Pendaftaran:

Sila berdaftar di sini 

Bayaran:

£10 seorang. Bayaran di tempat program.

Hubungi:

Zulhazmi - 07563452011 - zul.mokhti@hotmail.com
Aidil - 07951463421 - aidil101@yahoo.com
Farah - 07450467136 - farah6699@gmail.com

Untuk keterangan lanjut sila layari FB event kami di sini

Saturday, 9 March 2013

Rohani : Didikan Rasulullah S.A.W tentang marah




Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah”. (HR Ahmad)

Marah adalah satu sikap yang sememangnya dikenali dengan keburukannya baik kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain. Bayangkan perilaku seseorang ketika sedang marah. Badannya mengeletar, darahnya gemuruh dan suaranya mula meninggi. Namun di zaman teknologi maklumat ini, nafsu amarah itu seringkali diluahkan ke dalam laman-laman sosial seperti blog, facebook, twitter dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Perkataan-perkataan yang kurang enak dilihat makin menjadi-jadi terutamanya apabila memberi komen kepada sesuatu yang berlainan fikrah baik dari segi politik mahupun ideologi.

Seorang mukmin akan sentiasa berhadapan dengan keadaan yang sangat menguji emosinya, oleh itu, berusahalah untuk menjaga diri dari marah dan menjauhi segala keadaan yang boleh mendatangkan kemarahan. Didiklah diri sendiri agar mampu menahan kemarahan kerana apabila kita berjaya, masyarakat sekeliling juga akan turut terkesan dan secara tidak langsung mendidik rakan dan taulan disekeliling untuk mengawal nafsu amarah.

Antara tips yang boleh diamalkan untuk mengawal kemarahan adalah:

1. Sentiasa membaca Al-Quran dan beramal dengannya.

2. Menjadikan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola dalam setiap aspek kehidupan.

3. Melatih dan mengajar jiwa dengan sifat sabar dan tidak tergesa-gesa dalam segala hal.

4. Ketika mana diri dalam keadaan marah kepada seseorang, redakan segera dengan memaafkan dirinya serta mengingati kelebihan orang itu;

Maksud sabda Rasulullah S.A.W

Barangsiapa yang menahan marah dan dia sebenarnya mampu untuk menepisnya maka pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di atas penghulu makhluk sehingga ia disuruh memilih bidadari yang diinginkannya
(HR Ahmad, Abu Daud, Tarmizi & Ibnu Majah)

5. Mengubah posisi badan. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Jika salah seorang dalam kalangan kamu marah, dan dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk kerana kemarahan itu akan hilang, jika belum juga hilang maka hendaklah dia baring” (HR Ahmad & Abu Daud)

6. Berwuduk. Rasulullah S.A.W bersabda

"Sesungguhnya marah itu dari syaitan dan syaitan diciptakan dari api. Jika salah seorang di antara kalian marah maka hendaklah dia berwuduk
(HR Ahmad & Abu Daud)



Kawal nafsu amarah


Tuesday, 12 February 2013

Sukan : Glamorgan vs Cardiff Siri 2


Satu perlawanan persahabatan 11 sebelah telah diadakan pada 8 February lalu antara Cardiff veteran + all stars dan Glamorgan all-stars bertempat di Treforest,Glamorgan. Perlawanan ini diadakan bertujuan merapatkan lagi hubungan antara pelajar-pelajar Cardiff dan Glamorgan disamping mempersiapkan skuad Cardiff yg akan menyertai Sheffield games pada 16/2/13. Perlawanan ini telah dimenangi oleh skuad Cardiff Kings dgn jaringan 4-2. Gol pertama Cardiff muncul menerusi sepakan jarak jauh oleh pemain sayap kanan Sejad yg menyaksikan penjaga gol Glamorgan tertewas. Namun begitu,Glamorgan berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan pemain pertahanan Cardiff yg menyaksikan penyerang Glam mudah menjaringkan gol penyamaan. 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Cardiff Berjaya manjaringkan gol kedua hasil sepakan volley jarak jauh cantik daripada pemain tengah yg penuh bertenaga Zubair yg berpunca dari sepakan penjuru menarik oleh Ezanul.

Tamat separuh masa pertama Cardiff 2-1 Glamorgan. Separuh masa kedua bersambung dan Glamorgan berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil kesilapan pertahanan Cardiff yg lambat mengeluarkan bola dari zon bahaya. Walaubagaimanapun, skuad Cardiff yg terkenal dgn semangat tidak pernah mengalah Berjaya menjaringkan gol ketiga hasil jaringan Sejad. Gol ke 4 menyusul hasil jaringan sendiri pemain Glamorgan. Skuad Glam terus mengasak ke kubu pertahanan lawan sehingga ke babak akhir perlawanan namun kekentalan jentera pertahanan Cardiff yg dikemudi oleh Badrul, Afe dan Syapek Si Janggut Emas beserta Rafael dan Fabio (anak abg Yusri) disamping kecekapan penjaga gol Arbaq berjaya menahan dan menghalang gol daripada dibolosi. Keputusan penuh Cardiff 4-2 glamorgan. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat tuan rumah dan penganjur saudara Ikhwan atas kesudian beliau mengaturkan perlawanan ini dan tak lupa juga kepada Dragon of The West, Saudara Fadli Azali dan Normann Arbaq yang bertungkus lumus mengatur skuad Cardiff di saat-saat akhir.

Skuad Caerdydd Kings Veteran + All Stars


Pemain pertahanan Skuad Caerdydd King, Badrul Hisham

Penyerang berbisa skuad Caerdydd King, Sejad

Ayam tambatan skuad, Hilmi Shukor




*Kredit kepada saudara Zizi Aron untuk gambar perlawanan.

Monday, 11 February 2013

Kemasyarakatan : Mercy Upon Mankind 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Pada tanggal 10 Februari 2013 bersamaan dengan 29 Rabiulawal 1434H yang lalu, satu program keagamaan iatu Mercy Upon Mankind (MUM) telah diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh Cardiff Nusantara Network (CNN) dengan CNN bertindak sebagai penganjur utama di Cardiff. Program ini merupakan program kerjasama antara CNN (penganjur utama) bersama pelbagai persatuan yang terdapat di Cardiff antaranya adalah Cardiff Keluarga, ISMA, Ikram, Pas Represantatives Council, Kelab UMNO Wales dan MSSCF. Program telah berlangsung selama 4 jam dari jam 10.00 pagi dan bertempat di Julian Hodge Study Centre, Cardiff University. 

Tujuan MUM diadakan adalah untuk meraikan bulan kelahiran junjungan besar, Nabi Muhammad SAW disamping menjadi wadah bagi menyatukan masyarakakat Islam Malaysia di Cardiff ini. Untuk makluman, penceramah jemputan bagi program MUM tempoh hari adalah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don dan turut menampilkan Izzat Mahadi sebagai penyanyi undangan bagi program tersebut. Pencerahan dan penyampaian daripada Ustaz Don yang bersahaja telah menghiburkan hati ramai orang yang turut serta malah mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang Islam itu sendiri. 

MUM kali ini telah dihadiri hampir 300 orang dan telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke United Kingdom, TYT Dato' Zakaria Sulong. Program tempoh hari telah diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid Sekolah Malaysia Cardiff, yang rata-ratanya merupakan anak-anak pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran PhD dan Master di Cardiff. Gambar-gambar di bawah menceritakan serba sedikit tentang apa yang berlaku tempoh hari:

AJK Pendaftaran yang sedang sibuk memastikan setiap peserta yang berdaftar mendapat tiket bagi tujuan pengagihan makanan dan cabutan bertuah.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Keadaan dewan kuliah yang menempatkan program MUM mendapat sambutan baik dari pelajar Malaysia dan juga Brunei.
(Sumber: Facebook Adli Adnan)

Persembahan nasyid, Rindu Muhammad-ku dari kanak-kanak Sekolah Malaysia Cardiff.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Penyampaian yang santai tetapi penuh dengan pengisian daripada Ustaz Don.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Saudara Izzat Mahadi, bekas anggota kumpulan nasyid Mirwana mendendangkan lagu terbaru beliau.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)


Ustaz Don dan Izzat Mahadi mengetuai bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

AJK terlibat mengagihkan makanan kepada para peserta. Makanan telah disediakan oleh pelajar undergrad dan postgad yang belajar di Cardiff.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)

Gambar kenangan VVIP-VVIP bersama AJK MUM 2013.
(Sumber: Facebook Arif Asraf)


Akhir kalam, Jazakumullahu Khairan, terima kasih dan syabas kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak khususnya AJK MUM 2013. Semoga banyak lagi program-program keagamaan dan kemasyarakatan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan InsyaAllah. 

Monday, 21 January 2013

Kemasyarakatan: Pengundian Pos Di Luar Negara



PENGUNDIAN POS DI LUAR NEGARA

Berikut adalah pautan dari  Berita Semasa Suruhanjaya Pilihan Raya: 
Anda layak untuk memohon untuk mengundi secara pos dari luar negara sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:
a) Warganegara Malaysia
b) Pemilih berdaftar
c) Menetap di luar Negara kecuali di Singapura, wilayah Selatan Thailand, Brunei dan Kalimantan Indonesia
d) Pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
Anda perlu menghantar Borang 1B kepada Ibu Pejabat SPR melalui cara seperti yang berikut;
a) melalui emel kepada upup@spr.gov.my ; atau
b) melalui faks ke +603-8881 1201/ 1202 / 1187 / 1192 ;atau
c) melalui pos ke alamat;
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Aras 4-5, Blok C7,
Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62690 Putrajaya
(Attn : Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara)
Anda perlu menentukan kepada SPR Pejabat Pewakilan Malaysia di luar negara untuk menerima Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi.
Permohonan untuk mengundi secara pos diterima oleh SPR dalam tempoh bermula pada 21 Januari 2013 hingga kepada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa
Sila lihat Soalan lazim (Q&A) berhubung dengan pengundian pos dari luar negara


Jika ada sebarang pertanyaan lain bolehlah menghubungi
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia United Kingdom
45-46 Belgrave Square
London SW1X 8QT.
Tel: 020 7919 0210

ataupun emelkan persoalan anda kepada kami di kuwales30@gmail.com


Akhir kalam.
Selamat menunaikan tanggungjawab anda kepada negara. Undi adalah rahsia, pilihlah yang terbaik untuk Malaysia yang tercinta.