Monday, 28 October 2013

Cardiff KMW Futsal : Malaysia vs Brunei 2013

Assalamualaikum wbt

Kelab Melayu Wales membawakan kepada anda secara ekslusif

Perlawanan Persahabatan Futsal antara Malaysia dan Brunei

pada ketetapan berikut :

TARIKH : 1 NOVEMBER 2013

MASA  : 8-10 PM

TEMPAT : TALYBONT 3G PITCH

PENYERTAAN : Dibuka kepada seluruh warga Malaysia dan Brunei Cardif (UG dan PG)

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Syafiq Hashim  ( Ketua Biro Sukan dan Rekreasi KMW )

ATAU

Yusuf Nor Rizan (Pengerusi KMW)

Objektif :


  • Mengeratkan silaturahim antara pelajar Malaysia dan Brunei di Cardiff
  • Menyemarakkan semangat kesukanan dikalangan warga Cardiff
  • Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan warga Cardiff

-HM- 



Tuesday, 15 October 2013

Ikuti Kami di Facebook dan Twitter KMW



Kelab Melayu Wales adalah sebuah kelab bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk menjaga kebajikan dan keharmonian komuniti Malaysia yang tinggal di Wales. 

Objektif utama aktiviti-aktiviti yang dijalankan kelab ini adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang di Wales. 

Penyertaan kelab ini dibuka kepada seluruh warga Malaysia di Wales.

Ikuti perkembangan kelab dan isu-isu semasa di:

Facebook : https://www.facebook.com/groups/kelabmelayuwales/?fref=ts
Twitter: https://twitter.com/CymruMalayClwb

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Wales 2013

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah buat kesekian kalinya Kelab UMNO Wales telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk tahun 2013.

Syukur ke hadrat ALLAH SWT, majlis yang sederhana namun memberi impak yang cukup mendalam ini berjaya disempurnakan dengan jayanya.

Untuk mesyuarat tahunan kali ini, selain daripada membentangkan Penyata Aktiviti Tahunan KUWales untuk tahun 2013 dan Penyata Kewangannya, mesyuarat ini juga turut menampilkan sesi pengenalan bersama Ahli Jawatankuasa Kerja KUWales dalam sesi ramah mesra.

Terdapat beberapa perubahan dalam pucuk pimpinan kelab iaitu untuk jawatan Presiden,Timbalan Presiden dan Setiausaha untuk tahun akan datang. Hal ini berikutan penyandang jawatan-jawatan tersebut iaitu Sdr Luqman Shakur dan Sdr Adli Adnan sudah kembali ke bumi Malaysia. 

Berikut adalah Majlis Tertinggi Jawatankuasa KUWales yang baru :


Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2012/2014

Muhammad Yusuf Norizan
Pengerusi

Megat Muhammad Amrun Omar
Timbalan Pengerusi

Hazwan Mohamad
Setiausaha

Fairuz Najwa Mohamad Zubairi
Timbalan Setiausaha

Badrul Hisyam
Bendahari

Wan Mohamad Iman
Ketua Biro Media

Mohamad Syafiq Hasyim
Ketua Biro Aktiviti dan Sukan

Nur Amalina Anwar
Ketua Biro Puteri

Nor Diana Samsuri
Timbalan Ketua Biro Puteri

-HM-

"Martabat Bangsa Gemilang"






Tuesday, 4 June 2013

Update: Seminar Pengajian Islam Bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid





Bismillahirrahmanirrahim.

Malaysian Community of Cardiff (MCC) dan Cardiff Nusantara Network (CNN) dengan kerjasama Kelab Melayu Wales berbesar hati mengadakan program dua hari "Seminar Pengajian Islam Bersama Habib Ali Zaenal Abidin" dan menjemput teman-teman di seluruh United Kingdom dan Ireland untuk bersama kami ke program ini.

Program akan diadakan pada 8 & 9 Jun 2013, 9am-5pm di Cardiff University. Aturcara dan lokasi akan dimaklumkan kemudian

Penceramah:
Habib Ali Zaenal Abidin

Pengisian:
1. Tafsir Surah al-Kahf
2. Hadith 40 imam An-Nawawi

Lokasi:
Wallace Lecture Theatre, Main Building, Cardiff University
Map: http://goo.gl/maps/Q13ue

Aturcara:

Sabtu, 8 Jun 2013,
9am-12pm : Tafsir al-Kahfi (Bahagian 1)
12pm-2pm : Rehat
2pm-5pm : Petikan Hadith 40 (Bahagian 1)

Ahad, 9 Jun 2013,
9am-12pm : Tafsir al-Kahfi (Bahagian 2)
12pm-2pm : Rehat
2pm-5pm : Petikan Hadith 40 (Bahagian 2)

Penginapan:
Dukacita tidak dapat disediakan. Jika terdapat sebarang persoalan sila hubungi wakil kami seperti maklumat di bawah.

Makanan:
Makan tengah hari akan disediakan untuk kedua hari

Pendaftaran:
Sila berdaftar di link berikut http://goo.gl/D6Xcj

*NOTA: Tarikh tutup pendaftaran pada 5 Jun 2013

Setakat ini sudah lebih dari 100 org yg mendaftar. Jadi bagi mengelakkan kesesakan di meja pendaftaran Sabtu ini, saya ingin meminta peserta2 semua agar membuat pembayaran secara online seperti berikut:

HSBC, Sort Code: 40-16-15
Account number: 03916944
Account Name: Malaysian Community of Cardiff
Reference: (sila letak nama peserta bagi memudahkan urusan)

Friday, 31 May 2013

Kemasyarakatan: Sharing With Sham Kamikaze


Bismillahirahmanirrahim


Program kemasyarakatan ‘Sharing with Sham Kamikaze’ telah diadakan pada hari Isnin 4 Mac 2013 bersamaan dengan 21 Rabiul Akhir 1434H. Bertempat di Julian Hodge Lecture Hall, program yang dianjurkan oleh Cardiff Nusantara Network (CNN) saudara Arif Asraf dan Cik Zuraida selaku pengarah program.Program ini telah menghimpunkan hampir 100 warga Cardiff yang berkesempatan daripada segenap peringkat usia dan latar belakang.
Program ini diadakan dengan tujuan perkongsian pengalaman pahit manis penghijrahan saudara Sham daripada bidang muzik yang diceburi oleh beliau sebelum ini kepada bidang dakwah.
Program selama dua jam ini bermula dengan ketibaan para hadirin pada jam 7.00 malam. Selepas ucapan pembukaan, program diserikan dengan persembahan daripada kumpulan kugiran Melayu tempatan; Penggiat Seni Cardiff.
Selepas itu, program perkongsian bersama Sham Kamikaze saudara luqman shakur selaku moderator. Sesi perkongsian diselitkan dengan sesi tazkirah dan soal jawab, telah menarik minat para hadirin untuk berinteraksi bersama Sham. Sham juga telah mendendangkan satu lagu instrumental pada akhir program atas permintaan para hadirin.

Sebelum bersurai pada jam 9.00 malam, sesi fotografi Sham bersama warga Cardiff diadakan sebagai kenang-kenangan. 



Sham Kamikaze menghiburkan peserta di akhir program



Sebahagian dari hadirin khusyuk mendengar nasihat dan pesanan dari saudara Sham.

Pengarah Program Sharing with Sham Kamikaze, Arif Asraf (kiri) bersama gitaris utama Pengiat Seni Cardiff, bro Aidil (kanan).

Saudara Aizudin Samni bertanyakan soalan kepada penceramah. 


Gambar kenangan ajk program bersama Sham Kamikaze


Kredit gambar: Saudara Wak Julaibib Samingon

Wednesday, 29 May 2013

Malaysian Young Apprentice (MAYA) Program




The Umno Overseas Club UK is proud to announce MAYA!

Malaysian Young Apprentice Programme (MaYA) is an internship and employment program where Malaysian students in United Kingdom are linked with selected local Malaysian firms and organisations to go through internships and even job employment during their summer break (July – September) initiated from Badan Perhubungan Negara (BPN) United Kingdom. 

For the very first time, with the partnership with Career Excel, MaYa are lining up more companies and organizations to exposed more job opportunities and placements for Malaysian students in the UK. Among the companies on board with the program are:

1)Accenture 
2)Honda 
3)DAMCO 
4)Sime Darby 
5)Citibank 
6)NewStraitsTimes 
7)Utusan Malaysia 
8)Umobile 
9)Bank Muamalat
10)TM 
11)RHB 
12)Nestle 
13)Malaysia Airlines 
14)SPAD
15)Berita Harian 
16)MDEC 
17)ADT 
18)Media Prima

Interested in public policies and the direction of our nation? Take this opportunity and make a change as MaYa also provides the opportunity to interested Malaysian students in UK in several key ministries with the likes of:

1. Ministry of Youth and Sport
2. Ministry of Information, Culture and Communication
3. Ministry of Defence
4. Ministry of Higher Education 
5. EPU (Economic Planning Unit)
6. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

MaYa also provide the pathways and avenue for Malaysian students who are enthusiast and advocate fine interest in politics by providing internship positions in political bodies for better understanding of the structural framework of the party with an insight view:

1. UMNO ( Pemuda, Wanita, Puteri )
2. Barisan Nasional
3. MCA
4. MIC

Registration dateline will be on the 10th of June with pre-registration documents must be filled in initially by clicking “ google doc link”.


Candidates will need to undergo an interview process via skype or a physical interview conducted by Career Excel in Malaysia. Candidates would have the liberty to choose the desired companies of interest.

For more info and updates, please follow @UMNO_UK and @CymruMalayClwb  at twitter
Facebook page: https://www.facebook.com/umnoluarnegara?ref=hl



Wednesday, 22 May 2013

Jelajah Cinta Rasul [United Kingdom] 2013




Assalamualaikum

Program di Cardiff



Malaysian Community of Cardiff (MCC) dan Cardiff Nusantara Network (CNN) berbesar hati mengadakan program 2 hari "Seminar Pengajian Islam Bersama Habib Ali Zaenal Abidin" dan menjemput teman-teman di seluruh United Kingdom dan Ireland untuk bersama kami ke program ini.

Program akan diadakan pada 8 & 9 Jun 2013, 9am-5pm di Cardiff University. Aturcara dan lokasi akan dimaklumkan kemudian

Penceramah:

Pengisian:
1. Tafsir Surah al-Kahf
2. Hadith 40 imam An-Nawawi

Aturcara:

Sabtu, 8 Jun 2013, 
9am-12pm : Tafsir al-Kahfi (Bahagian 1)
12pm-2pm : Rehat
2pm-5pm : Petikan Hadith 40 (Bahagian 1)

Ahad, 9 Jun 2013, 
9am-12pm : Tafsir al-Kahfi (Bahagian 2)
12pm-2pm : Rehat
2pm-5pm : Petikan Hadith 40 (Bahagian 2)

Penginapan:

Dukacita tidak dapat disediakan. Jika terdapat sebarang persoalan sila hubungi wakil kami seperti maklumat di bawah.

Makanan:

Makan tengah hari akan disediakan untuk kedua hari

Pendaftaran:

Sila berdaftar di sini 

Bayaran:

£10 seorang. Bayaran di tempat program.

Hubungi:

Zulhazmi - 07563452011 - zul.mokhti@hotmail.com
Aidil - 07951463421 - aidil101@yahoo.com
Farah - 07450467136 - farah6699@gmail.com

Untuk keterangan lanjut sila layari FB event kami di sini